Jumaat, 2 Disember 2011

Banjir di KAJANG?

Gue baru baca post2 di FB mengenai banjir yang melanda daerah Kajang..
selepas aku telek2..rupanya ini bukan kali pertama bandar Kajang dilanda banjir..
tp ini kali pertama kejadian ni dalam pengetahuan gue..
sungguh gue begitu ketinggalan berita2 semasa..
ni gue share sikit foto2 banjir tersebut..

sumber: odeng kajang







Khamis, 1 Disember 2011

Bila suami memuji wanita lain..

"Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau." Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

"Oh. Di mana?" Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

"Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat." Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.

"Oh..." Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

"Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau." Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

"Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la." Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.

                            x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x


Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya aku mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh. Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu. Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.

Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin. Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki.


Jumaat, 25 November 2011

hellohellohello..


sorry korang sbb blog gue ni sunyi sepi semenjak 2menjak 3menjak ni..
sorry sangat tw..
lately ni rutin kehidupan gue agak bz sikit..
gue pon xpasti ape yg membuatkan gue amat bz spi xsempat nak mengepos wlu sepotong ayat 'hai' dlm blog gue ni..

ok, tanpa membuang masa..
kini tiba masanya untuk gue tunaikan janji gue dengan korang yg dah join GA yg dianjurkan hari tu..

so, dgn lafaz Bismillahirrohmanirrahim..
gue umumkan keputusan cabutan dari penyertaan korang..

jeng jeng jeng...

-
-
-
-
-
-
hehe..saje nak bg korang neves kan?
oklah ni betul2 pnye..bkn cobaan lg..

yang p1: kak nida
yang ke2: tiefazatie
ke 4: GoldenRose
ke 5: AnaLyana

okeh??
hrp2 jgn ada yg xpuas hati yea..
ini semua adalah rezeki semata2 kerana pemilihan dibuat berdasarkan cabutan..
xde pilih kasih/bulu dsbnya..
TAHNIAH kepada yg lucky..
kpd yg kurang lucky, xpe nnt boleh cuba lagi..InsyaAllah..


tp, memandangkan double'S merasa gembira dengan kejayaan 1st try mengajurkan GA tersebut
wlupon sambutan xsehangat mana, namun alhamdulillah...
decide untuk tambah 3 lagi hadiah..

so, yg ke 6: Syai Sipot
yg ke 7: nanakimie
yg ke 8: NOOR FATIN

so, hadiah akan dipostkan kepada mereka2..

Selasa, 22 November 2011

salam to my readers...
sorry sangat2 kepada yg menantikan pengumuman cabutan GA yg sepatutnya diumumkn pd 
Ahad yg lepas..
tp, internet kt rumah buat hal pulak..xde line..
haish..geram btl ngan streamyx ni..

harap sgt korang xmarah pd gue ek..
gue akan umumkn selewat2nya  hujung minggu ni..

so sorryy...

Sabtu, 19 November 2011

untuk renungan bersama..

seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...

Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat...

Khamis, 17 November 2011

tadaaa!!

sorry yea kengkawan..
bukan gue mahu menyepikan diri begini..
tapi gue amat bz sekali sekarang ini..

and..
keputusan cabutan utk segmen GA tu gue akan umumkan 
selewat2nya hari Ahad, 20/11/2011 ni okey..

so, tungguuuu!!

Khamis, 10 November 2011

salam korang..
sorry lately ni gue bz banget dgn xtvt di opis & rumah..
so, mungkin xberapa nak update blog gue ni..
minta maaf bebanyak pd yang rajin singgah yea..
jangan serik nak singgah..
gue akan buat come-back nanti..
PASTIII!!

Ahad, 6 November 2011

Jumaat, 4 November 2011

hah?? 5 tahun memandu kereta??

pagi tadi on d way ke office, dengar hot.fm..
then, macam biasa mesti ada topik utk hotchat..
tapi apa yg mengejutkan gue..ada sorg budak 5 thn ni drive kete sbb nak cari ibu dia..
menurut berita, xde orang jemput dia dari sekolah, then dia balik rumah..
tgk ibu dia xde..lepas menunggu 3jam, ibu xbalik2..
dgn beraninya dia amek kunci and start kete SUV mak dia tu..
fuhh...advance betul bdk tu..tp mujurla kete tu langgar dinding umah jiran dia..
buatnya kalau langgar orang ke..kena langgar dengan lori ke..
x ke naya..

ape yg bestnya, budak ni cerdik tau..lepas langgar dinding tu, dia call 911..
mesti la cerdik kan? kalau x, xkan dia boleh terfikir nak drive kete gi cari mak dia..
haishhh! bahaya betol budak2 zaman sekarang nih..
walau ape2pon..perkara ni bukan berlaku di Malaysia..

ihsan : kekasih gelapku - Mr.Google.
bukan gambar sebenar

Khamis, 3 November 2011

Contest Anakku Berfotogenik

Salam korang..
Today gue nak start join balik Contest yg dianjurkan oleh rakan bloggers kita iaitu...jeng jeng jenggg!!


jom kite join ramai2..
sbbnye bukan anak kandung je..anak sedara pon boley..
tapi ni gue tepek gambo anak yang dikandung gue selama hampir 10bulan..hehehe..overdue..

step ke3: 

nama anak : muhammad khalish nabeel b. mohd saiful
tarikh lahir : 22 April 2011 - 6½bulan
nama ibu : double'S a.k.a Shafarina Ishak
nama ayah : Mohd Saiful Mohd Sukun


step ke4:
tag pada ≥2 orang..so, gue nak tag..




Rabu, 2 November 2011

nak balik kampung??

salam korang..
xde ape nak cerita arini..
tapi gue nak share dengan korang pasal promotion offer oleh AirAsia..
so, kalau korang rasa nak jimat masa, nak balik kampung naek flight..boley la beli tiket yang tgh offer sekarang nih..
tapi utk tahun dpn pnye cuti la..hik3..


itu saje..
~S.E.K.I.A.N~

Selasa, 1 November 2011

Contest blog saya Cute

hehehe...
ari ni nak join contest lagik..
sorry yea korang..sekarang ni mood gue lebih kepada menyumbang tenaga & 
menyapot usaha keras rakan2 bloggers kita nih.

tapi..
memula nak letak title contest tu..rasa mcm segan pon ade gak..
sbbnye mcm perasan plak mengaku blog senirik cute..
walhal berserabut..adoiaii..
any1 can help??
gue masih lagi dalam menuntut ilmu mencantek kan blog yg xjgk cantek2 ni..


ok..inila contest yg gue sedang join ni..

korang xmo join ke??
jom laa..jom laa..

hehehe..kalo xmo xpela, gue xpaksa..
cuma gue nak jemput ciktom & blog cik nurfarah

Isnin, 31 Oktober 2011

1st SEGMEN - Giveaway by Double'S


dengan rasa rendah dirinya ingin gue kabarkan bahawa gue ingin menganjurkan 
Segmen GIVEAWAY bersama Double'S


Walaupun gue hanya mempunya visitor & follower yang ciput, xsetanding dengan bloggers yang hebat di luar sana..namun gue telah bertekad untuk memberikan 5 item kepada mereka yang sudi visit blog gue nih.

dipendekkan cerita, mari kita tengok cara2 nak join segmen nih..
bagi yg selalu join segmen2 cmnih, mesti dorang dah fasih dah dengan apa yg kena buat kan??
hehehehe..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cara penyertaan :
1- korang mestilah WARGANEGARA MALAYSIA *susah nak pos kalau bkn w/negara*
2 - wajib FOLLOW blog kite ni.. 
3 - tampal banner blog gue kt blog korang..
4 - create 1 entry bertajuk segmen GIVEAWAY bersama Double'S *tiada had patah perkataan*
    - wajib tepek banner segmen dalam entry korang tuh
    - ceritakan dari mana korang tw pasal blog Double'S nih & sila berikan komen/cadangan anda mengenai blog gue yang xsemenggah nih..
5 - Dah siap, letak link entry korang kt ruangan komen..
6 - Letakkan link blog anda di dalam ruangan footprint untuk exchange link
7 - Tag sekurang-kurangnya 2 orang, tapi nak lebih pon boley.. *pastikan dorang tw dorang telah di tag
6 - tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 November 2011
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gift untuk digiveaway :
1 - Bookmarks (1 pcs)
2 - Photo keychain (1pcs)
3 - Photo fridge magnet (2pcs)
4 - HP strap (1pcs)
* jenis/bilangan gift mungkin akan bertambah bergantung kepada perkembangan ekonomi kemurahan hati penganjur.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pemilihan penerima giveaway : *tiada pemenang kerana semua peserta dianggap pemenang
Nama peserta akan dicabut secara undian, so hanya yang bertuah akan menerima giveaway ini. 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


ok, itu je langkah2nya..xsusah kan??
walaupon gift2 untuk di giveawaykan tu xla seberapa..gue harap korang sudi2kanlah join segmen ni yea.. kerana niat gue lebih kepada mengenali lebih ramai bloggers di luar sana..


~~~~~~~~~~~S.E.K.I.A.N~~~~~~~~~~~~





Sabtu, 29 Oktober 2011

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA.



wah..rasanya ini kali yang ke 4 aku join segmen/contest ni..
jangan korang pelik pulak yea..bukannya buang tebiat ke ape..
cuma, menyapot susah payah rakan2 blogger kita ni..
kalah menang tu tepuk dada tanya rezeki..theee~
hah! korang meh join..ikut je step kt bawah ni..mudah jeee..
jomm!!



1. WARGANEGARA Malaysia
2. FOLLOW blog ASKAR PINK dan AMALINA LAND. 
3. LIKE fb ASKAR PINK dan AMALINA LAND. *button LIKE di widget follower.
4. Create ENTRY yang bertajuk CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA, jangan lupa tepek banner kat atas tu dalam entry korang *make sure banner tu link ke blog AMALINA LAND/ASKAR PINK. (bergantung dari blog mana korang join contest nih)
5. Tag AT LEAST 2 ORANG, nak lebih pon boley.. Dah siap, publish entry korang then letak link entry tu kt ruang comment blog AMALINA LAND/ASKAR PINK.

 
extra note: tarikh tutup pada 24 NOVEMBER 2011. bukan 1 DIS yea..

so, turn aku untuk tag:
lyssa kiut miut
cik PENMERAH
cik EPAL

Jumaat, 28 Oktober 2011

i like HER..kenapa ek??

haihoi korang..
arini gue nak share sikit tentang keminatan gue terhadap 1org ppuan ni..
tapi jgn salah anggap ek, i'm not lessy or lesbo okeyy!!
tapi, tataw nape gue telah jatuh hati padanya sejak gue tgk cite Awan Dania..
agak2 korang taw tak sape yg gue minat nih?
boley agak x?ha, ce teka ce teka..
hehehehe..

ok, ppuan yang aku jatuh hati tu adalah....




tada!! ha, kenal x?
lawa kan dia??
eh, xkenal? xkenal ke??
okey laa.. nexttt


tada!! ha, yg ni da nampak muka kan..
ada 2 orang..2-2 cun melecun..
tp korang mesti boleh agak kan, yg mne 1 jd idaman kalbu gue sbbnye dah bagi klu td - AWAN DANIA

korang suke x DIA ni?
suke kan??kalau korang xsuke pon xpe, gue tade kesah punye..

sebab kenapa gue boleh jatuh hati pada dia
sebab dalam cite tu dia saaaangat sempoi..
sempoi habiss.. i loike.
dari cara pembawakan watak dalam tu mmg nampak natural..xde cover2..
and gue rasa mmg perwatakan dia kt luar pon cmtu gak..

huhuhu, dulu gue suka ERRA FAZIRA, sbb dia pon sempoi gitu kan..
sempoi yang aku maksudkan xhipokrit..

ke korang rasa xsetuju??
ke aku je yg setuju sbb aku ni dulu mmg agak ganas pemalu sikit. uweek!
ape2pon, ace komen2 skett..


ape2pon sebelum gue menoktahkan entry ni, 
i ♥ scha alyahya..

Khamis, 27 Oktober 2011

superMAK




korang suke tengok superMAK x?
ke ada yg xtw superMAK tu mende hape?
ala...superMAK, cite yang main tiap isnin kul 9mlm kt TV3 tu..
gue pon xtengok gak pon superMAK ni..
tapi my superHUBBY layan gak cite tu..
gue pon xtw ape ke menariknya cite tu..
korang tw??
ke gue sorang je yg xtw sbb gue mmg xamek tw?



Rabu, 26 Oktober 2011

segment "Jalinan Ukhwah bersama Cik Atiera

huhuhu..
haihoi korang..arini nak join segmen lagik..
sila jangan jemu nak jenguk blog gue ni ok..
bukan ape, seperti segmen yg sebelum ni kan gue dah cakap yg niat gue join segmen bukan untuk menang semata2..tapi untuk mengenali blogger2 yg laen..
so, dengan segmen Jalinan Ukhwah bersama Cik Atiera ni, memang bertepatan la dgn niat gue tu..


ok, gue cut it shot..



okeh, butiran diri tersebut adalah khas untuk penyertaan segmen ni..

tapi...
gue nak jemput misz deany & kak zura untuk join segmen nih..
kekekee =)



Selasa, 25 Oktober 2011

25 random thing

jalan punya jalan..
at last aku jumpa bende ni hah dari entry salah sorg sahabat blogger gue..
so, gue ingat nak join gak contest ni..
bukan sekadar untuk dapat giveaway tu..tp lebih kepada semangat setiakawan..
sambil join segmen nih, boleh menambah koleksi rakan2 blogger dan berkongsi pengalaman & knowledge yang ada..
okeh, bagi memendekkan cerita, segmen yang gue nak join ni bertajukkan

anigif penmerah 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

kalau korang pon berminat, sila2lah join sekali..
tarikh tutup segmen ni pon lambat lg..31/10 nnt


ok, selain dari menempek banner tersebut di entry gue ni..
gue dikehendaki mengetag 3 orang..
so, gue ingat nak tag..

1- nuyui
2- zehan
3- beena
5 - fira

opsss..terlebey suda..
sepatutnya 3 je..tp terrr5 pulak..
tp menurut penganjur, lebey tape kurang tabole..
ok, itu aje untuk hari ini..
nak pegi berdoa, ada rezeki boley menang giveaway ni..
weeehuuuu~


Ahad, 23 Oktober 2011

Dah xmacam dulu??

mari, mari, mari baca..gue nak share 51 xtvt yang boleh menimbulkan perasaan romantik & sweet masa mula2 bercinta dulu.. >bg yg telah berkahwin la yek..<


1. Melihat matahari terbenam bersama. 
2. Membisik kata-kata cinta. 
3. Memasak untuk si dia. 
4. Berjalan didalam hujan. 
5. Berpegangan tangan. 
6. Membelikan hadiah yang dia idamkan. 
7. Memberi mawar. 
8. Cari perfume kegemarannya dan memakainya apabila anda bersama.
 9. Berjalan menyusur pantai pada waktu malam. 
10. Menulis puisi untuk si dia. 
11. Berikan dia pelukan. 
12. Pandang mata dia dan katakan ‘I love U’ disaat anda berada pada situasi yang gembira. 
13. Buat kejutan pada si dia dengan memberikan hadiah seperti bunga/ coklat/ dll. 
14. Ketika berada dalam situasi yang tenang, pandang mata dia dan katakan hanya dialah yang anda inginkan dan sayangi. 
15. Menghabiskan setiap saat manis bersama-sama. 
16. Menatap mata masing-masing. 
17. Ketika seseorang seseorang bermulut sampah mengutuknya, anda berdiri dan pastikan orang tersebut makan balik sampahnya... 
18. Ketika berada di tempat awam, fokus pada si dia dan pastikan mata tu tidak meliar melihat lelaki/perempuan yang lebih menggoda.. 
19. Masukkan surat cinta di poket baju si dia sewaktu mereka tidak perasan. 
20. Berikan si dia cincin. 
21. Nyanyikan untuk dia sebuah lagu. 
22. Peluknya dipinggang. 
23. Bawa dia keluar untuk ‘candle light dinner’. 
24. Berkelah bersama seperti memancing. 
25. Untuk lelaki, pegang tangannya sambil pandang terus ke mata dia dan kemudian cium tangannya dan letak ke dada anda. 
26. Menari bersama. 
27. Membiarkan si gadis tidur didalam pangkuan anda. 
28. Buatkan sesuatu yang sweet seperti tulis “I love You” secara terbalik pada sehelai kertas yang memerlukan si dia membaca menggunakan pantulan cermin. 
29. Layan dia seperti seorang puteri. 
30. Ketika anda berada dalam situasi yang amat sibuk, ambil masa seketika untuk telefon dia dan ucapkan ‘ I LOVE YOU’. 
31. Ketika anda berjauhan dengan si dia terutama apabila anda bercuti ke luar negara, telefon dia dan katakan anda rindu dia. 
32. Ambil sehelai kertas kemudian anda bersama-sama tulis impian yang anda ingin capai bersama. 
33. Berada di luar rumahnya sambil membawa ros merah pada malam hari kemudian telefon dia dan beritahu anda berada di luar rumahnya. 
34. Berkongsi rahsia dan impian. 
35. Jadi seorang putera dimata dia dan orang tuanya. 
36. Jadi tempat untuk dia meluahkan rasa sedih dengan membiarkan dia menangis di bahu anda.... 
37. Saling memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang cemburu terhadap anda berdua. 
38. Jadilah kawan baiknya pada masa yang sama sebagai kekasihnya. 
39. Bawa di menonton filem-filem yang romantik 
40. Berikan sepenuh perhatian apabila si dia bercakap. 
41. Bercerita pada dia tentang saat manis anda bersama.
42. Berkorban untuk satu sama lain. 
43. Tanam sebuah pokok bersama dan jagalah pokok cinta anda itu. 
44. Biarkan si dia tahu bahawa anda sentiasa merindui dia.
45. Belajar mencintai diri sendiri sebelum anda mula menyintai orang lain. 
46. Belajar untuk mengungkapkan rasa cinta dalam bahasa asing seperti “I LOVE U” dalam bahasa perancis iaitu “je t'aime” 
47. Dedikasikan lagu untuk mereka di radio. 
48. Bercakap dengan si dia di telefon sehingga tertidur.
49. Disaat anda ingin melamar si dia untuk dijadikan pemaisuri anda, dan anda yakin si dia akan menerima lamaran anda, lamarlah di tempat awam ataupun melalui facebook/youtube. 
50. Katakan 'I love You' setiap kali dia ingin tidur dan bangun tidur. Ini bermakna anda amat menghargai si dia di sisi anda. 
51. Kalau yang dah kahwin tu, solat berjemaah bersama lepas tu masa doa tu kuat kuat sikit baca "terima kasih sebab kurniakan pasangan yang terhebat untuk dicintai."

Sabtu, 22 Oktober 2011

tambah follow bersama Arra Ahmad

haihoi!!siapa di sana?? ala2 cite ali baba bujang lapok gituw
pejam celik, pejam celik arini dah ari sabtu..
oyeaahh..cuti!! tp dlm hati ada rasa nak g ofis sbb keje yg melambak..
ntah bila nak abis..

tp entry kali ni gue dedicatedkan khas untuk join segmen Arra Ahmad
kalau korang perasan, ni 2nd time gue nak join segmen2 yang di anjurkan oleh rakan2 blogger
nak taw segmen ape??




amacam?
korang nak join x??
jom la..wlupon korang rasa dah cukup ramai follower/xmo di follow, korang sudi2kan la tolong ramaikan follower orang2 mcm gue yg xramai follower ni..hehehe..
tolong menolong tu kan amalan mulia..
mengeratkan siratulrahim sikap terpuji..
ececeh.. malu nak paksa korang follow gue
best x idea gue ni?
apelagik??
jomm..nyanyi lagu SY SHOW

"bergoyang u follow, u follow..
bergoyang u follow, u follow..
bergoyaaanggg.. u follow!"