Sabtu, 17 September 2011

hari cuti yg ke2..

salam ollz..
hari ni hari cuti yang ke2..
ape xtvt korg hari ni?
mesti ada yg kuar tgk movie, hangout dgn kwn/buah hati, maen bowling ke, layan karok ke..kann??
dulu time bujang & b2 je cmtu la jgk xtvt gue..
tp semenjak my hubby jd weekend husband nih + gue dah ada baby, xdapek la nak hang out mcm dolu2 lagik..

selalunya weekend klu hubby xblk sini/gue xblk sana, gue cuma akan habiskan masa dirumah dgn melayan karenah my little hero tu je.. 2hari tu je la yg dpt gue gunakan sebaik2nya utk spend time dgn my little hero..
time weekdays gue keje, pagi2 dia celik mate, maen dlm 10-15minit/paling lama pon 30minit then hantar dia ke umah BS.. petang pulak klu gue kuar ofis, paling awal pon sampai rumah mesti pukul 6/630, fetch baby kt umah BS then dpt la maen2 kejap b4 dia tdo..klu dia tdo lwt, dpt la maen lame skit..klu dia tdo awal, kejab je la dpt maen..sian my little hero kan..sbb tu la time weekend mmg gue peruntukkan masa gue bersama baby je..walaupon xde la lame mana sbbnye nak kena mendobi, bersihkan rumah skit dll, at least dpt la jgk gue mandikan, tidokan dan bergolek2 bersama2 dia..

tp hari ni xtvt gue laen skit..sbb pg td, celik mata gue received SMS dari my housemate time study dlu yang dia dah boley discharge after lunch..so, cpt gue mandikan baby & diri gue, siap2 ape2 yg patut. wlupon my little hero da merengek2 nak tido lepas mandi tu (mmg habit dia), gue sumbat gak dia dlm car seat then shoot ke hospital ziarah my housemate yang telah selamat melahirkan 2nd babynye semalam..tp alhamdulillah, my little hero xbuat perangai masa kt hospital..dia siap boleh sengeh2 bagai bila orang agah dia..tq yea sayang..

dapat la gue tgk 2nd baby my friend tu..chumel..teringat masa gue bersalinkan my little hero dulu..actually, masa my friend lahirkan 1st baby pon gue dpt ziarah..alhamdulillah..

sumber: FB my friend's hubby

tengok mata my little hero da kuyu je, gue pon mtk diri utk beredar dulu..my friend pon mesti nak kemas2 utk discharge..masuk je dalam kete, letak my little hero dalam car seat, dia da mula merengek2..bagi pacifier, pon rengek2 lagi..gue usap2 kepala dia sambil drive, toleh sekali lagi tgk my litte hero..

da zzZzZzZZ da...siannye hero ibu nih..ngantuk sangat yea..
anyway, tq sayang for your good manner..glad to have a baby like you.


Jumaat, 16 September 2011

salam 1malaysia..


salam 1 malaysia untuk semua..
hari ini kita semua cuti semperna menyambut hari MALAYSIA..


Dalam perutusan Perdana Menteri kita untuk sambutan hari Malaysia 2011 ini,
PM mengingatkan rakyat M'sia untuk tidak berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh sekalipun pelbagai kejayaan yang telah kita capai.

Demi untuk mengekalkan/meningkatkan apa yang kita kecapi sekarang, kita seharusnya melipatgandakan usaha melalui penggunaan kreativiti & inovasi, mengekalkan perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Pada malam perutusan tersebut juga, PM kita telah mengotakan janjinya iaitu dengan mengumumkan bahawa:
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan terus.
Namun, untuk menjaga & mengekalkan keamanan, kesejahteraan, keharmonian serta kerukunan negara, 2 undang-undang baru akan digubal dibawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

  • Akta Buang Negeri 1959 juga akan dimansuhkan.
  • Kajian semula keatas Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
  • Kajian semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah2 yang akan ditetapkan dengan mengambil kira norma-norma diperingkat antarabangsa.
Akhir kalam,
Demi Malaysia, bertawakkallah kita semua dan kepada Tuhan kita berserah.




Khamis, 15 September 2011

LAKSA

salam ollz...
entry gue kali ni pasal LAKSA..
sbb kenapa gue nak tulis pasal laksa ni..sbb gue tgh berpantang makan laksa untuk tempoh 1tahun...woaaaaa..1tahun tu..huhuhuhuuuu moga2 kuat imanku
before ni laksa mmg la febret food aku..makan hari2 pon xpe..
tapi semenjak daku telah melahirkan baby ni, aku terpaksa la berpantang makan mende alah nih..sbb ikut pd pantang larang keturunan aku mmg gitu le gayenye..
tapi, ari2 gi kedai ada je org yg makan laksa, nak2 plak org tu dok semeja/sebelah gue..
haduhhh, kecur lidah.. tambah lagi, bila balik plk umah PIL gue lagi lah, ari2 FIL gue masak laksa..huh! namun iman gue masih kental... chaiyokkchaiyokkk!
demi untuk menambah mengurangkan rasa keinginan korang gue itu, meh gue cite sikit pasal laksa wujud yang kat dalam Mesia nih.

antara contohnya:

1. laksa singapore - xpenah try lg..tp sekali pandang mcm kari pon ada gak kan??

2. laksa johor - ni pon xpenah try lg..laksa johor ni nmpk mcm kuah kacang pon ada gk..

3. laksa sarawak - ni lebih kurang laksa singapore jgk rupenye..ala kari2 gitu..tp rasa kite xtw la  same ke x kan..

4. laksa pahang - yg ni pon sedap gak..tp kuah dia lebih kurang dgn kuah laksam..


dan yg paling gue gemari/idamkan adalahhh...
5. laksa penanggg!!!

kalo time2 study dulu, asal blk kg cuti je, mak gue wajib buat laksa utk gue samada utk makan/pakej tapau skli..
fuh, kecur air liur teman..xpe2..
teman ada lg 7bulan je lg..xlame mane da pon kan?(ayat penyedap hati)

Sabtu, 10 September 2011

2STORYIN1POSTENTRY

salam..


1#                                                   ape jadi pada 4bulan setengah?
hehehe..
sebenarnya xde ape, cuma nak bgtw yg my little hero belum boley meniarap lg..
sampai saat sekarang ni dia cuma pandai angkat kaki tinggi2 & mengiringkan badan dia..



step 1..
 suke sangat kalau nampak camera..

step 2..

 step 3..
cak!! ibu snap gambar dia mengiring laaa...


dan dah berusia 4 bulan setengah ni, 
my little hero suka sangat masukkan jari dalam mulut..
then tenung n maen2 dgn jari2 dia tu..kesian pulak gue tgk..
so, td alang2 ayah dia balik sini, kebetulan pulak pegi kenduri, kami langsung membeli sikit barang2 rumah & singgah di butik Manjaku..
beli la 3 jenis mainan utk little hero tu..
3 mainan pon dah abis RM50..perghh..mungkin nilai tersebut kecik bagi certain person, tp bagi aku belanjakan rm50 semata2 utk toys adalah jumlah yg besar..huhuhu
xpelah, my little hero punye pasal..ibu belanja kali ni yea sayang..

inila rupa 3 jenis toys utk my little hero nih..harap2 dgn pelaburan yg xseberapa, dpt membantu meningkatkan perkembangan minda & kreativiti anak ibu..

sukenye dia dpt toys yea..




2#                                             kueh raya dari UCSA bagi tahun 2011
sorry..lupa pulak nak tunjuk kueh raya yang diterima dari majikan gue tahun ini..
bg gue, gift kali ni best sikit berbanding tahun2 yg lepas..
apa2pon cuba luorg tgk dlu, then nilai sendiri best ke xbest okeh?


tadaaaa..ni la gift raya versi 2011..

ha, amacam? best x??
xtw ape yg best?? yg gue rasa best pasal gift ni adalah kotak dia tu..
lepas dah abis kueh raya nnt, kotak tu boleh digunakan utk simpan benda2 lain..
contohnya jd bekas keronsang ke.. jd kotak mekap ke..
1lg yg best sbb tahun2 yg sebelum ni kueh raya cuma di isi dlm paperbag shja..kiranya kali ni nampak exclusive sket la..

so, itu sajelah 2 story dlm 1 entry utk kali ni..
S.E.K.I.A.N




Selasa, 6 September 2011

Mana Mak??


Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya...

"Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?""Mana Ateh?""Mana Alang?""Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


#kisah ini dipetik dari http://aidaarisya.blogspot.com/#