Khamis, 6 Oktober 2011

Apa itu Cacar Air?


Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan. 

Banyak kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa muda dan selalunya ia merupakan penyakit ringan. Sebaik saja bayi anda dijangkiti, simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari. Bayi anda mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering, lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari. Jika bayi anda menghadiri taska, jangan hantar dia selama lima hari dari masa ruam itu mula timbul. 



Bagaimana Bayi boleh dijangkiti?


Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memberi dia cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama sebilik dengan seorang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.


Siptom2 Cacar Air?


Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan:
  • demam;
  • sakit kepala;
  • mual;
  • sakit-sakit badan;
  • kurang selera.
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Anda mula memerhatinya di muka bayi anda. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital. 


Rawatan untuk Cacar Air..


Cacar air adalah virus, jadi tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi anda dengan beberapa rawatan rumah: 


  • Jika bayi anda kurang dari usia empat minggu, bawa dia berjumpa doktor jika dia telah berdekatan dengan seorang yang mempunyai cacar air, atau jika dia memperlihatkan simptom. Cacar air boleh menjadi sangat bahaya dan menyebabkan komplikasi dalam bayi muda.


  • Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana nak diberikan kepada bayi. 


  • Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal. 
  • Jika bayi anda lebih dari usia satu tahun dan gatal-gatal itu sangat mengganggukan dia di sebelah malam, doktor anda mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur. 
  • Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi. 
  • Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan rasa kurang gatal. 
sumber dari www.babycenter.com.my

#nnt gue post entry masa my little hero demam panas + kena cacar air aritu

Rabu, 5 Oktober 2011

Ciri-ciri WANITA

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat. - ye ke??hrp2 cmtu la..
2) Mengambil berat - selagi terdaya..
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan - insyaAllah..
4) Menenangkan pasangan. - ye ke En. Suami??
5) Sangat romantis - ekekekke..romantis ke??mcm ganas je aku nih..
6) Mudah menangis - erk..xtw nak ckp..

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah





#kategori anda?? reply kt comment yea..

Mendidik anak : Perlu cara baru?


"Allah suka orang yang solat"
"Kalau kita tidak solat, Allah akan bakar dalam api, panas api tu macam termakan nugget panas, sakit mulut kan, itu baru sikit belum terbakar lagi?"
Inilah bentuk-bentuk bahasa yang biasa kita cuba gunakan dalam memberikan nasihat kepada anak-anak kita yang berumur sekitar 4-9 tahun. Tepat tak cara dan bahasa yang digunakan itu atau terlalu rendah? Atau mungkinkah terlalu tinggi?
MINDA KITA DAN ANAK
Pada kebiasaannya, jika saya tidak menghadiri ceramah atau kuliah maghrib, saya sekeluarga akan mengadakan tazkirah ahli keluarga. Pada mulanya saya seorang atau isteri yang akan memberi pengisian kepada anak kami seramai empat orang.
Secara peribadi saya menghadapi sedikit kesukaran untuk memilih ayat dan perkataan yang sesuai semasa memberikan tazkirah, kerana bimbang anak saya yang berumur 9 dan 7 tahun gagal menangkap mesej saya.
Namun, setelah berfikir kembali, saya kira ini adalah masalah pertama saya agaknya. Bagi saya kita tidak patut terlalu merendahkan kemampuan anak untuk memahami sesuatu. Kerana apabila melihat kertas-kertas jawapan sekolah mereka, saya menjadi kagum pula dengan kemampuan mereka  menjawab soalan yang saya fikir anak berumur 7 tahun tidak mampu.
Mana tidaknya, di zaman saya darjah satu dulu, baru nak belajar " A-Y-A-M" bunyinya ayam , " B-O- L-A" ialah BOLA dan lain-lain. Silibus darjah satu hari ini sudah berbeza, sudah semakin tinggi. Cuba anda buat semakan kertas soalan darjah satu anak anda.
Justeru sebagai ibu bapa, perlu menangkap perbezaan ini jika mereka mahu memahami anak mereka. Jangan asyik bangga dengan alasan makan garam dulu sahaja.
MASALAH RUMIT MAMPU DIFAHAMI
Pernah banyak kali apabila saya dan isteri berbincang berkenaan masalah yang agak rumit dengan bahasa yang dikira bahasa orang dewasa, tetapi disampuk dan ditanya oleh anak-anak. Kami tidak pula sangka mereka memahaminya.
"Ummi, tadi kat sekolah kawan kata mak dia parti xx " kata anak saya berumur tujuh tahun
"Lepas tu kak ngah pun cakap la, mana boleh sokong xx ni, kita kena sokong xxx sebab ..." ulasnya.
Hmm..angkat kening juga saya
Kami tidak pernah mengajarnya bercakap demikian secara specifik, hanya cakap-cakap umum di rumah dan perbincangan-perbincangan dengan isteri. Tidak pula saya sangka anak-anak yang duduk di sekeliling kami sambil bermain-main, waktu yang sama beberapa point termasuk hal politik juga boleh masuk dalam kepala dan minda mereka. Lebih hebat dari itu, MEREKA MAMPU MEMBUAT kesimpulan.!
Mungkin ini salah satu perkara yang mana ramai ibu bapa hari ini terlepas pandang. Kita kerap kali tersilap perkiraan dengan kefahaman anak-anak. Rancangan televisyen yang kita sangka tidak memberi pengaruh kepada anak (mungkin kerana dijangka kandungan yang agak tinggi dan bahasa yang agak rumit), kerana hanya beberapa saat  adegan yang tidak baik, rupanya memberi kesan ‘sesuatu' di  mindanya. Sebab itu, sebagai ibu dan bapa, kita wajib mengawal rancangan televisyen yang ditonton, kartun yang dilihat, iklan yang dipapar. Pastikan remote sentiasa dekat dengan anda.
Bayangkan dalam sesebuah keluarga yang tidak aman dan sering bergaduh, pastinya anak akan dapat membuat kesimpulan tertentu. Mereka juga boleh tertekan tanpa disedari oleh ibu bapa. Justeru, jangan remehkan kemampuan minda  anak di zaman ini. 
ADUAN & LATARBELAKANG
Cuba teliti perbualan di bawah :
"Ayah, ada surat dari cikgu" kata anak
Jawapan ibu bapa : hmm nanti ayah tengok
"kena beli buku tulis" kata anak
Jawapan ibu bapa : "Nantilah, buku tulis dulu pergi mana"  
"Cikgu minta belikan hadiah, kalau tidak cikgu kata tak nak  masuk lagi kelas ni" kata anak
Jawapan ibu bapa : Apa la cikgu ni. Tidak perlu beli la, cikgu main-main aja tu.
"Buku tak ingat letak mana" kata anak
Jawapan ibu bapa : Tak pe, nanti cari kemudian, subjek tu bukan ada pun hari ini kan
Banyak kali aduan anak-anak  kita di sekolah rendah yang mungkin seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Namun bagaimanakah respon kita agaknya?
Adakah sebagaimana yang saya andaikan tadi atau bagaimana?
Anak saya sendiri selalu mengadu dan minta itu ini tentang urusan di sekolahnya. Tidak dapat saya nafikan, adakala saya  merasa isunya terlalu kecil dan dan tidak wajar dirisaukan.
Akhirnya kebanyakan ibu bapa tidak mengendahkannya, sedangkan si anak merasa amat bimbang dan takut. Adakalanya takut dan bimbang mereka ada asasnya, mungkin disebabkan guru-guru yang garang, atau tidak suka dan malu didenda, tidak suka dipermain kawan dan sebab-sebab lain. Namun ada kalanya juga kebimbangan anak itu tiada banyak asasnya. Hanya sangkaan mindanya bahawa ia akan dimarahi gurunya.
Selain bertanya dengan jelas dan tenang kepada si anak, elok juga jika kita dapat mengimbau  kembali kepada keadaan dan perasaan kita semasa berada di darjah satu. Setelah mengingat perasaan silam tersebut, inshaAllah kita akan dapat lebih memahami mengapa si anak merasa sangat bimbang, sedih, menangis dan sebagainya.  Saya sendiri masih ingat ketika di darjah satu dulu, jika saya tertinggal walau satu buku risaunya bukan kepalang.
Malah dalam Islam juga, amat penting untuk  kita memahami siapa di depan kita apabila mendengar idea dan apa jua pandangan mereka. Moga dengannya kita akan jadi lebih memahami.
Kerana itu, saya merasa amat sukar apabila ada individu menghantar sms bertanya hukum itu dan ini tanpa memperkenalkan diri dan latar belakang. Sukar bagi saya memberi jawapan. Tambahan pula soalannya pelbagai dan saya tiada idea siapa di sebelah sana dan bagaimana latarbelakang ilmunya.
Justeru, jika menghubungi saya atau sms terus  ke handphone saya dan email, sila berikan sedikit latarbelakang anda. Demikian juga apabila anak mengadu, cuba bayangkan kita berada di posisi mereka. Dengan itu, kita akan menjadi lebih toleran danunderstanding.
Demikian sedikit coretan saya untuk tatapan semua. Moga ada manfaat dari saya yang bukan pakar dalam bidang keibubapaan dan pendidikan anak-anak ini. Sekadar perkongsian idea.  Sebarang idea yang baik dan membina hasil pengalaman dan pembacaan anda,  amat dialukan untuk perkongsian di ruang komen.

#panduan ini dipetik dari : www.zaharuddin.net

Selasa, 4 Oktober 2011

Darjat 1org ISTERI

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-ap
a dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.




Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..



*agaknya kita di golongan yang mana??*

Isnin, 3 Oktober 2011

=) xperlu kata apa2

Alkisah seorang budak...... 
Dia selalu tersenyum dekat tabung masjid. Perilaku itu dilihat oleh imam dan imam itu berasa hairan dan curiga.
Suatu hari imam bertanya pada budak tersebut.

Imam: nape ko sonyum kat tabung tu?
Budak: Cikgu saya pesan, senyum itu satu sedekah..
saya xde duit nak sedekah, jadi senyum jelah kat tabung tu.Sedekah jugak! 





^_^