Khamis, 28 Julai 2011

Pedoman Rumah bertangga..

1.  Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri. - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman



2.  Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan. - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman




3.  Perkahwinan ini satu ibadat, jika bukan niat kerana Allah, hancurlah rumah tangga itu dan perkahwinan juga bukan seperti mi segera, cepat dimasak dan boleh dinikmati serta-merta. - Dr Rubiah K Hamzah



4.  Rumah adalah tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain - Ibn Abbas r.a

sekian, tazkirah kita untuk hari ini..dan selamat beramal....









Tiada ulasan: