Rabu, 21 November 2012

Jika diikutkan hati yang marah dan geram mahu sahaja aku habiskan riwayat orang-orang yang zalim dan yang suka menganiaya orang lain. Tapi disebabkan undang-undang yang menghalangkan aku berbuat demikian, aku pasrah kepada-Mu Ya Allah SWT dan menyerahkan hidup ini bulat-bulat kepada-Mu!. Ku mohon pertunjuk dan pertolongan di saat-saat yang mencemaskan dan menyedihkan. Hanya Kau yang dapat membalas perbuatan orang-orang yang zalim diatas muka bumi ini.


Kisah ini baru berlaku dua hari yang lepas, semasa anak perempuanku balik ke UTM, Sekudai, Johor Bharu memulakan pengajian semester terakhir. Kejadian kecurian dompet berlaku semasa beliau ke tandas di tempat rehat Yong Peng. Dompet yang disimpan dalam beg galas terlupa dibawa bersama semasa turun dari bas ekpress Teluk Intan ke Johor Bharu. Apabila kembali semula ke tempat duduk, didapati dompetnya telah hilang. Pada masa itu jam baru 2 pagi. Jadi beliau menghubungi penulis tentang kecurian dompetnya. Ayah mana yang tidak risau sekiranya anak perempuan pula, keseorang ditempat orang tanpa wang untuk meneruskan perjalanan balik. Wang yang diberi termasuklah perbelanjaan harian sehingga mendapat biasiswa hujung bulan nanti.

Dalam keadaan tertekan, hanya Allah SWT tempat aku mengadu dan memohon pertolongan-Nya. 

Ayat-ayat yang penulis baca semasa tertekan malam itu:-

1. Selawat Nabi 11 kali.
2. Alfatihah 11 kali - dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, sahabatx dan keluarganya. Wali-wali Allah, orang muslim yang baru mati dan arwah ibu/ayah.
3. Doa Qunut Nazilah 11 kali - dituju kepada orang yang menganiaya. (Yang Mencuri).
4. Doa diminta - mohon pulangkan dompet sahaja.
Rasulullah SAW, bersabda, "Tiga orang yang do'anya dikabulkan: Do'a orang tua, musafir dan orang yang dianiaya".
InsyaAllah Allah SWT akan memakbulkan lambat atau cepat. Dalam kes anakku. Ada seorang hamba Allah yang baik menghulurkan sedikit wang untuk anakku meneruskan perjalanan balik ke kampus. Pada jam 5 pagi, anakku menerima satu panggilan telefon dari pemandu bas dan memberitahu dompet sudah dijumpai di dalam bas. Hanya RM 40 sahaja yang hilang. Baki wang lain tidak diambil. Mungkin yang mencuri itu kasihan atau takut untuk mengambil kesemuanya. "Terima kasih Ya Allah," kerana memakbulkan permintaan hamba mu yang lemah ini!.    

Ada satu kisah lagi orang yang dianiaya, seorang kawan, anaknya bernama Imran dianiaya atas kes samun 2 tahun yang lepas. Segala usaha dibuat oleh ayahnya untuk menyelesaikan supaya anaknya tidak dipenjarakan. Sebenarnya anak beliau bergaduh pasal kes perempuan yang diganggu oleh seorang pemuda dari kampong seberang. Semasa berlaku pergaduhan, barangan seperti telefon bimbit dan pakaian habis rosak. Pemuda tersebut membuat laporan polis. Tetapi seorang anggota polis yang tidak bertugas pada hari itu yang berada di Balai Polis, pula yang sibuk masuk campurtangan dan menyebelahi pemuda yang buat report. 

Beliau menasihat pemuda itu supaya membuat laporan polis bahawa beliau telah disamun oleh Imran. Kes samun berat hukumannya berbanding kes gaduh. Masa depan Imran boleh terjejas kerana pada masa itu beliau sedang menunggu keputusan SPM. Bapa Imran cuba merayu dan memohon belas kasihan dari anggota tersebut. Tapi dengan sombong beliau berkata, "Siapa yang berkuasa sekarang".

Imran ditahan reman dan di#@$%&* semasa dalam lokap. Bapa mana yang tidak sedih jika berlaku pada anak kita. Lebam sana sini. Bapa Imran bukannya orang senang. Kerja kampong sahaja. Mana nak cari duit untuk menjamin anaknya.  

Setelah menghubungi penulis atas kejadian itu, penulis menasihat beliau supaya banyak bersabar dan berdoa supaya Imran dibebaskan dengan kes gaduh sahaja. InsyaAllah terlepas juga Imran dari kes samun cuma membayar kos kerugian telefon dan sekarang Imran telah meneruskan pengajian. 

"Tetapi apa yang berlaku kepada anggota yang sombong itu!" Selepas 2 bulan berlaku berlalu, Beliau telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya dan meninggal dunia. Itu kehendak Allah SWT. Mungkin banyak sangat menyusahkan hidup orang lain dengan kuasa yang ada. Ditarik nyawanya supaya tidak lagi dapat menyusah hidup orang lain pula pada masa akan datang. Begitu juga dengan kes adik-adik yang lain yang dianiaya yang selalu kita baca dalam akhbar. Jangan menganiaya orang lain. Allah SWT akan membayar "cash" di dunia ini juga.

Dari kejadian itu, semuga menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kita. Jangan menganiaya hidup orang lain hanya kerana kita ada kuasa, tidak suka atau setuju dengan pendapat. Jika perbuatannya dapat dimaafkan, maafkanlah kerana membalas dendam adalah sifat Syaitan dan Iblis. Sekiranya dapat menolong orang dalam kesusahan, lakukanlah dengan kuasa yang ada pada kita.

Jazakallah Khairan.