Jumaat, 30 September 2011

sorry sorry sorry..

salam..
sorry yea u olls..
dah lama gue tinggalkan blog ni sampai bersemak samun..
bukan sengaja  gue tinggalkan..
tapi..
sebab gue terpaksa pulang ke rumah my PIL kerana little hero gue kena demam panas+chicken pox..
sian sangat my little hero..
nanti gue update pic yg sempat gue snap sepanjang proses pemulihan dijalankan..

sekian..

Ahad, 25 September 2011

Ketika Cinta

baru2 ni, terdengar lagu Ketika Cinta dari Siti Nurhaliza..
wah, terus jatuh cinta..
ni gue share v/clip ngan lirik lagu tu ek..




Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


sumber: http://www.liriklagumuzika.com/2008/12/lirik-ketika-cinta-siti-nurhaliza.html#ixzz1YOKffFKU

Sabtu, 24 September 2011

kepada PEROKOK di luar sana..

Walaupon mungkin korang dah penah bace di FB, tapi gue ttp nak post kt sini..


Merokok adalah senjata Yahudi yg plg berjaya :-
- Mana ada org hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..
- Mana ada slps abis merokok ucap ALHAMDULILLAH..
- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan..
- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi..
- Mengepit 2 jari pd rokok adalah perlambangan salib..
...renung-renungkan dan selamat beramal..





*peringatan ini untuk chenta♥ gue juge..bile laaa dia nak stop smoking??*

Jumaat, 23 September 2011

PETUA: 12 cara isteri sentiasa disayangi suaminya


1. • Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. • Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. • Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. • Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. • Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

6. • Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. • Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. • Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. • Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri.

Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. • Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

11. • Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

12. • Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.

Rabu, 21 September 2011

Peringatan to my readers..

INFO yg kawan aku terbace kat BANK %$#& td...:

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan
no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan
nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor
...yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang
masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang
kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa
(Polis) kepada anda.  

*info ini saya share dari FB one of my friend, i dont know whether it is a fact or fake..anyone can share bout this??i mean if u also ever read it at any bank..

Selasa, 20 September 2011

hoyeahhh!!

hoyeah hoyeah hoyeaahhhh!!
akhirnya di ambang 5 bulan, my little hero da berjaya meniarap..
syabas anak ibuuu!!
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

hoyeahh sekali lagiiii..

Isnin, 19 September 2011

24 peringatan untuk WANITA


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. - hurm...
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. - so far, xde lg kot
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. - pon xde kot..
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. - alamak..erkk
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. - haish, gile ke ape
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami. - time gado, sure munye..haish, kena insaf nih.
g. Minta talak. - nauzubillah, jauhkanlah dari perkara2 ini..
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. - xperasan, klu ada pon tanpa niat/sedar kot
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan. - hurm, rasanya mgkn ada..sori ye bang..
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. - hurm..xperasan.xpenah lak pk izin/x..
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. - so far, xpenah..

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya. - insyaAllah..
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. -xperasan pulak selama ni..
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. - kdg2 melawan jugak..haish!
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. - kalau xoverexcited/in hot temper..hurmm
e. Berdiri menyambut kedatangannya. - pon xperasan..
f. Berdiri menghantar pemergiannya. - selalunya mmg berdiri la sbb htr kt luar..
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. - kdg2 da tdo dlu sbb nak kna bgn awal esok harinye..
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. - alamak, klu dok rumah je, xpenah kot..
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. - hurm, ni pon xperasan, xpnh dpt komen plk
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. - macam biasa je..
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. - insyaAllah, xmungkin..
l. Memuliakan keluarga suaminya. - sentiasa mencuba dan memperingati diri..
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. - always..
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya. - sangat sedar+insaf, cumanya kdg2 bila emosi lebih mengawal diri, terlepas laku jugak.

Sabtu, 17 September 2011

hari cuti yg ke2..

salam ollz..
hari ni hari cuti yang ke2..
ape xtvt korg hari ni?
mesti ada yg kuar tgk movie, hangout dgn kwn/buah hati, maen bowling ke, layan karok ke..kann??
dulu time bujang & b2 je cmtu la jgk xtvt gue..
tp semenjak my hubby jd weekend husband nih + gue dah ada baby, xdapek la nak hang out mcm dolu2 lagik..

selalunya weekend klu hubby xblk sini/gue xblk sana, gue cuma akan habiskan masa dirumah dgn melayan karenah my little hero tu je.. 2hari tu je la yg dpt gue gunakan sebaik2nya utk spend time dgn my little hero..
time weekdays gue keje, pagi2 dia celik mate, maen dlm 10-15minit/paling lama pon 30minit then hantar dia ke umah BS.. petang pulak klu gue kuar ofis, paling awal pon sampai rumah mesti pukul 6/630, fetch baby kt umah BS then dpt la maen2 kejap b4 dia tdo..klu dia tdo lwt, dpt la maen lame skit..klu dia tdo awal, kejab je la dpt maen..sian my little hero kan..sbb tu la time weekend mmg gue peruntukkan masa gue bersama baby je..walaupon xde la lame mana sbbnye nak kena mendobi, bersihkan rumah skit dll, at least dpt la jgk gue mandikan, tidokan dan bergolek2 bersama2 dia..

tp hari ni xtvt gue laen skit..sbb pg td, celik mata gue received SMS dari my housemate time study dlu yang dia dah boley discharge after lunch..so, cpt gue mandikan baby & diri gue, siap2 ape2 yg patut. wlupon my little hero da merengek2 nak tido lepas mandi tu (mmg habit dia), gue sumbat gak dia dlm car seat then shoot ke hospital ziarah my housemate yang telah selamat melahirkan 2nd babynye semalam..tp alhamdulillah, my little hero xbuat perangai masa kt hospital..dia siap boleh sengeh2 bagai bila orang agah dia..tq yea sayang..

dapat la gue tgk 2nd baby my friend tu..chumel..teringat masa gue bersalinkan my little hero dulu..actually, masa my friend lahirkan 1st baby pon gue dpt ziarah..alhamdulillah..

sumber: FB my friend's hubby

tengok mata my little hero da kuyu je, gue pon mtk diri utk beredar dulu..my friend pon mesti nak kemas2 utk discharge..masuk je dalam kete, letak my little hero dalam car seat, dia da mula merengek2..bagi pacifier, pon rengek2 lagi..gue usap2 kepala dia sambil drive, toleh sekali lagi tgk my litte hero..

da zzZzZzZZ da...siannye hero ibu nih..ngantuk sangat yea..
anyway, tq sayang for your good manner..glad to have a baby like you.


Jumaat, 16 September 2011

salam 1malaysia..


salam 1 malaysia untuk semua..
hari ini kita semua cuti semperna menyambut hari MALAYSIA..


Dalam perutusan Perdana Menteri kita untuk sambutan hari Malaysia 2011 ini,
PM mengingatkan rakyat M'sia untuk tidak berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh sekalipun pelbagai kejayaan yang telah kita capai.

Demi untuk mengekalkan/meningkatkan apa yang kita kecapi sekarang, kita seharusnya melipatgandakan usaha melalui penggunaan kreativiti & inovasi, mengekalkan perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Pada malam perutusan tersebut juga, PM kita telah mengotakan janjinya iaitu dengan mengumumkan bahawa:
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan terus.
Namun, untuk menjaga & mengekalkan keamanan, kesejahteraan, keharmonian serta kerukunan negara, 2 undang-undang baru akan digubal dibawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

  • Akta Buang Negeri 1959 juga akan dimansuhkan.
  • Kajian semula keatas Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
  • Kajian semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah2 yang akan ditetapkan dengan mengambil kira norma-norma diperingkat antarabangsa.
Akhir kalam,
Demi Malaysia, bertawakkallah kita semua dan kepada Tuhan kita berserah.




Khamis, 15 September 2011

LAKSA

salam ollz...
entry gue kali ni pasal LAKSA..
sbb kenapa gue nak tulis pasal laksa ni..sbb gue tgh berpantang makan laksa untuk tempoh 1tahun...woaaaaa..1tahun tu..huhuhuhuuuu moga2 kuat imanku
before ni laksa mmg la febret food aku..makan hari2 pon xpe..
tapi semenjak daku telah melahirkan baby ni, aku terpaksa la berpantang makan mende alah nih..sbb ikut pd pantang larang keturunan aku mmg gitu le gayenye..
tapi, ari2 gi kedai ada je org yg makan laksa, nak2 plak org tu dok semeja/sebelah gue..
haduhhh, kecur lidah.. tambah lagi, bila balik plk umah PIL gue lagi lah, ari2 FIL gue masak laksa..huh! namun iman gue masih kental... chaiyokkchaiyokkk!
demi untuk menambah mengurangkan rasa keinginan korang gue itu, meh gue cite sikit pasal laksa wujud yang kat dalam Mesia nih.

antara contohnya:

1. laksa singapore - xpenah try lg..tp sekali pandang mcm kari pon ada gak kan??

2. laksa johor - ni pon xpenah try lg..laksa johor ni nmpk mcm kuah kacang pon ada gk..

3. laksa sarawak - ni lebih kurang laksa singapore jgk rupenye..ala kari2 gitu..tp rasa kite xtw la  same ke x kan..

4. laksa pahang - yg ni pon sedap gak..tp kuah dia lebih kurang dgn kuah laksam..


dan yg paling gue gemari/idamkan adalahhh...
5. laksa penanggg!!!

kalo time2 study dulu, asal blk kg cuti je, mak gue wajib buat laksa utk gue samada utk makan/pakej tapau skli..
fuh, kecur air liur teman..xpe2..
teman ada lg 7bulan je lg..xlame mane da pon kan?(ayat penyedap hati)

Sabtu, 10 September 2011

2STORYIN1POSTENTRY

salam..


1#                                                   ape jadi pada 4bulan setengah?
hehehe..
sebenarnya xde ape, cuma nak bgtw yg my little hero belum boley meniarap lg..
sampai saat sekarang ni dia cuma pandai angkat kaki tinggi2 & mengiringkan badan dia..



step 1..
 suke sangat kalau nampak camera..

step 2..

 step 3..
cak!! ibu snap gambar dia mengiring laaa...


dan dah berusia 4 bulan setengah ni, 
my little hero suka sangat masukkan jari dalam mulut..
then tenung n maen2 dgn jari2 dia tu..kesian pulak gue tgk..
so, td alang2 ayah dia balik sini, kebetulan pulak pegi kenduri, kami langsung membeli sikit barang2 rumah & singgah di butik Manjaku..
beli la 3 jenis mainan utk little hero tu..
3 mainan pon dah abis RM50..perghh..mungkin nilai tersebut kecik bagi certain person, tp bagi aku belanjakan rm50 semata2 utk toys adalah jumlah yg besar..huhuhu
xpelah, my little hero punye pasal..ibu belanja kali ni yea sayang..

inila rupa 3 jenis toys utk my little hero nih..harap2 dgn pelaburan yg xseberapa, dpt membantu meningkatkan perkembangan minda & kreativiti anak ibu..

sukenye dia dpt toys yea..




2#                                             kueh raya dari UCSA bagi tahun 2011
sorry..lupa pulak nak tunjuk kueh raya yang diterima dari majikan gue tahun ini..
bg gue, gift kali ni best sikit berbanding tahun2 yg lepas..
apa2pon cuba luorg tgk dlu, then nilai sendiri best ke xbest okeh?


tadaaaa..ni la gift raya versi 2011..

ha, amacam? best x??
xtw ape yg best?? yg gue rasa best pasal gift ni adalah kotak dia tu..
lepas dah abis kueh raya nnt, kotak tu boleh digunakan utk simpan benda2 lain..
contohnya jd bekas keronsang ke.. jd kotak mekap ke..
1lg yg best sbb tahun2 yg sebelum ni kueh raya cuma di isi dlm paperbag shja..kiranya kali ni nampak exclusive sket la..

so, itu sajelah 2 story dlm 1 entry utk kali ni..
S.E.K.I.A.N