Jumaat, 16 September 2011

salam 1malaysia..


salam 1 malaysia untuk semua..
hari ini kita semua cuti semperna menyambut hari MALAYSIA..


Dalam perutusan Perdana Menteri kita untuk sambutan hari Malaysia 2011 ini,
PM mengingatkan rakyat M'sia untuk tidak berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh sekalipun pelbagai kejayaan yang telah kita capai.

Demi untuk mengekalkan/meningkatkan apa yang kita kecapi sekarang, kita seharusnya melipatgandakan usaha melalui penggunaan kreativiti & inovasi, mengekalkan perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Pada malam perutusan tersebut juga, PM kita telah mengotakan janjinya iaitu dengan mengumumkan bahawa:
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan terus.
Namun, untuk menjaga & mengekalkan keamanan, kesejahteraan, keharmonian serta kerukunan negara, 2 undang-undang baru akan digubal dibawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

  • Akta Buang Negeri 1959 juga akan dimansuhkan.
  • Kajian semula keatas Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
  • Kajian semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah2 yang akan ditetapkan dengan mengambil kira norma-norma diperingkat antarabangsa.
Akhir kalam,
Demi Malaysia, bertawakkallah kita semua dan kepada Tuhan kita berserah.




2 ulasan:

Lovely Kitchen berkata...

Salam satu malaysia...selamat hari raya dari E-na Lovely Kitchen

double’S berkata...

salam 1 malaysia & selamat hari raya kembali..time kasih berkunjung ke sini..