Jumaat, 16 Mei 2014

Doa buat SAHABAT...


Assalammualaikum wbt...

Lamanya Nana tak update blog... Memang rindu nak bercerita dengan sahabat-sahabat kat sini... Menulis juga boleh menjadi satu terapi untuk diri Nana... 
Walaupun Nana tak sempat untuk 'menyingah' ke rumah kawan-kawan(blogger) tapi ada juga yang saya masih ikuti perkembangan di FB... 
 Selalunya Nana sekadar membaca sambil lalu, lagi-lagi dengan keadaan diri yang tidak sebegitu mengizinkan sekarang ni ;))

Alhamdulillah, Nana sihat, Mr. S sihat, Khalish & Naufal juga Alhamdullillah sihat.  :))

Tadi tengah-tengah scroll status sahabat2 di FB, tiba2 Nana terbaca post duka dari bekas sahabat sekerja di Kuantan dulu. Betapa sebak hati Nana, tanpa ditahan-tahan airmata Nana gugur seperti tali air yang deras mengalir... Tak malu untuk menangis walaupun sedang mengadap PC di Office... 

Nana kenal beliau semasa bekerja di Kuantan dulu.. Sekarang kami dah berpisah tempat kerja sejak Nana berpindah ke Sg. Buloh, tp kami ada jugak berhubung di FB sesekali... Dah lama kami tidak berjumpa tetapi sangat berharap untuk bertemu lagi di masa depan... Insya'ALLAH, satu hari nanti... Nana panggil beliau Kak Zai, beliau & arwah suaminya dikurniakan 2orang putera & 1orang puteri yang sangat comel, Adam & Alisya serta seorang putera kecil yang 'cute' yang lebih kurang sebaya Naufal 9 bulan++...

Nana menangis kerana saya terkenangkan Kak Zai & anak-anak yang masih kecil... Memang mudah untuk berkata sabar & bertabahlah, namun kita semua tahu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Sememangnya ujian ini hanya untuk hambaNya yang terpilih, terpilih kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNya... Allah know best!

Buat Kak Zai, tiada kata yang dapat Nana ungkapkan bagi melegakan hati Kak Zai hanya doa yang mampu Nana titipkan buat Kak Zai sekeluarga agar terus kuat demi anak-anak... Jaga diri & kesihatan... La tahzan innallah ma'ana... Semoga Allahyarham Abg Azman , di bawah rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan yang beriman... Al-Fatihah~

Sehingga hari ini, inilah kali pertama Nana melalui sahabat yang kehilangan suami dalam usia yang masih muda serta mempunyai anak-anak yang masih kecil... Perkara ini banyak menyedarkan Nana bahawa apa yang kita miliki di dalam dunia ini bukanlah milik kita yang mutlak... Semuanya adalah milik Allah, dan Dia boleh ambil & beri bila-bila masa mengikut perkiraanNya...

 
Buat Kak Zai & sahabat2 Nana yang lain, mungkin kita jarang bertegur sapa tetapi Nana tetap mendoakan yang terbaik buat  kita semua... Moga Allah beri yang lebih baik nanti...  

Salam dari jauh buat Kak Zai & sahabat handai...

Doakan juga buat kami di sini, semoga berjumpa nanti...

Tiada ulasan: