Khamis, 31 Mac 2011

khas untuk tatapan WANITA..

As-Salam..
Kalau aritu gue post entry utk kaum LELAKI, utk post entry kali ni gue tujukan khas buat kaum WANITA..
supaya kita boleh memahami hati manusia yg bergelar LELAKI, sepertimana yg kite tw mereka ini golongan yg keras dan tegar untuk menunjukkan atau meluahkan rasa hati..
Dengan adanya entry ini, mgkn kita boleh lebih memahami walaupon tanpa luahan mereka..
so, selamat membaca & menghayatinya..

Lelaki ini
Yang kau kenali dulu
Hidupnya dalam kesusahan tak senang
Dia sering menangis mengenang dosa2
Dia sering menangis merindui arwah bapanya
Dia sering menangis bagaimana mahu membahagiakan ibunya
Dia akan menangis dikala malam kerana hatinya
yang sering berfikir akan kesusahan dirinya

Lelaki ini  
Seorang anak
Taukah kau anak lelaki juga mudah terasa hati?
Tahukah kau disebalik gelak tawa ada juga penyesalan didalam hatinya
Hati jantan ini selindungkan
Hati jantan ini rahsiakan kerana takut menjadi contoh
buruk kepada adik adik perempuannya nanti

Lelaki ini masih lagi seorang anak
Semakin lama, semakin sukar menangisi sesuatu
Dan adakah kau ingat, kami tak mampu menangis?
Adakah kau merasai dendam hati yang menangis kerana
tidak lagi berjiwa lembut untuk menangis?
Kau kata lelaki perlu tegas,
jadi kami malu untuk menangis

Lelaki ini 
Kini bergelar kekasih, wahai kekasihku
Apa kau sangka tangisan kami adalah murah?
Dan kau sangka kami terdiam beerti tiada perasaan
Kau ingat tak? ketika kau menangis
Aku tidak menangis supaya kau tidak merasai
kesedihan yang kami kongsikan
Kami tidak menangis, kerana mahu kau terus berseloroh

Tangisan ini, kami hanya alirkan di dalam hati
Jika kau membuat kami marah
Jika kami berkecil hati
Hati kecil kami juga menangis  bukan dimata,
kerana tidak mahu kau tahu kami bersedih
akan tindakanmu Ketika rindu,
kami masih lagi menangis mengharapkan kau hadir disisi
Namun kami tahan tangisan ini,
kerna tahu tangisan ini akan membuat kau
tidak senang duduk Lalu kami rahsiakan lagi
Lelaki itu
Kini bergelar suami 
Wahai isteri kesayanganku,
kami akan menangis didepan kau kami akan mahukan pujukan kau
kami akan mahukan belaian manja dari kau
Kerna setelah lama kami memendam tangisan ini
kau redakanlah sekiranya ia mengalir
Kami masih cemburu apabila kau memuja mereka
Kami masih cemburu apabila kami tidak dimanjakan
Kami masih cemburu apabila kau sibuk
Kami masih cemburu apabila kau mempunyai sesuatu yang lebih hebat dari kami
Kami cuba menahan kesugulan hati ini
Supaya kami kelihatan sentiasa lebih hebat
Lelaki itu 
Kini kau bergelar ayah
Wahai anak kesayanganku
Apakah kau ingat ayah mu ini tidak pernah  tangisi akan ketegasan ini
Adakah kau ingat lakonan ketegasan ini
Tidak pernah disusuri air mata?
Air mata ini tidak mahal nak,
Tapi ayah tak mahu kau jadi selemah ayah
Ayah tak mahu kau pijak ayah di masa hadapan nanti
Air mata ayah berlinangan, air mata ini bukan lakonan
Sedangkan ibumu pun sukar membuatkan ayah menangis
Tapi tika kelahiran kau 
Ayah tidak pernah sangka
Ayah akan mengalirkan air mata ini kerana
bersyukur kau telah selamat dilahirkan!
hargailah ini, surat dari hatiku buatmu anak

Wahai lelaki
 Ini adalah pesananku buatmu
Menangislah, tangis dan tangisilah
Kerana kau tidak pula takot akan kau yang tidak pernah
terfikir untuk menangis dihadapan-Nya
Kau tidak pula menangis terkenangkan kesusahan saudaramu
Kau tidak pula menangis merindui Rasulullah s.a.w
Kau tidak pun menagis bersyukur  atas nikmat yang kau kecapi selama ini
Menangislah kerana malu kepadaNya
Menangislah kerana semakin hari hatimu semakin keras
Semakin sukar untuk mengeluarkan linangan air mata
Sehingga ia menjadi Permata Tak Berharga!

*Kepada suami & abah  yg terchenta, maaf andainya selama ini saya xpernah memahami hati kamu ber2..

Tiada ulasan: