Ahad, 27 Mac 2011

mengira pergerakan ♥baby♥


Sekarang ni xtvt hari2 adalah mengira dan merekod pergerakan baby dalam kandungan..
Tiap-tiap ibu yang mengandung pasti akan lalui proses ni..selalunya kiraan ni bermula pada usia kandungan menjangkau 28 minggu atau 7 bulan ke atas.

Selalunya, nurse di klinik kesihatan akan  ajar  cara mengira pergerakan bayi dan sediakan jadual yang memudahkan kita untuk merekod pergerakkan anak kita. Kiraan ini penting untuk mengesan sekiranya baby bermasalah di dalam kandungan. Ada kes bayi sudah agak lama tidak bergerak dan didapati bayi sudah mula lemas di dalam rahim dan berisiko meninggal dalam perut ibu. Oleh sebab itu, kita diminta untuk mengira dan sentiasa peka dengan pergerakkan bayi kita.

Kiraan yang dianggap tidak bermasalah adalah baby bergerak mencukupi 10x dalam masa 12jam kita mula membuat kiraan. Contohnya kita mula mengira pada jam 9pg, sehingga jam 9mlm, pergerakan baby minimum mesti cukup 10x.. Sekiranya pergerakan baby tidak mencapai 10x dalam masa 12jam, ibu2 dikehendaki terus ke GH untuk pemeriksaan.

so, baby please keep kicking my womb until u're born to this world
..♥ my baby..
paste from google 


Tiada ulasan: