Sabtu, 26 Mac 2011

Untuk wanita yang bergelar ISTERI..

Kehadiran encik somi di rumah mmg merupakan 1 kegembiraan kpd setiap is3.. tp, xtw la kalo ada is3 yg merasakan kepulangan encik sominya itu 1 beban kerana terpaksa menjlnkan tggjwb sbgi is3. Amat malang kalo ada is3 yg merasakan begitu. Apa pekdahnye berkawen klu dorg rasa cmtu kan? bagi pasangan somi is3 yg berPJJ macam aku, pastinya kepulangan pasangan masing2 itu adalah saat yg sgt di nnt2kan..

Kat bawah ni ada sedikit petua untuk kita melayan encik somi kite..mari kita checkcheckcheckitout apa yg dah & apa yg blm kita praktikkan..
-
- 
1. Semasa suami bercakap, hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. 
aku: kdg2 tersampuk gak..hehehe

 
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. 
aku: tp i yg sllunye mrh pd encik somi..ampun yea encik somi..tp rasanya kalau btl mmg somi yg salah, xjth pon martabat klu dia yg mtk maaf..ye x??

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
aku: bg aku, is3 merajuk tu biasa la..nak bermanja2 ngan encik somi..kalo somi blh usik is3, xkn is3 xleh mtk perhatian somi kan..tp jgn la melampau spi nak hentak2 kaki bagai..

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
aku: ni xpenah buat lg..sbb encik somi akan potong sendiri ikut citarasa dia..

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
aku: hurm..ni sllu aku xbuat..sllunye bila d suro, mesti ada 'kejab'.hehe

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
 aku: kami sllunye bincang ape nak mkn..xdela ikut selera sorg je..sbb nak makan sme2 kan..

 
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
aku: setakat ni xpenah lg..

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
aku: dalam poket suar encik somi selalunya cuma ada wallet & henpon aje..

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
aku: walaupon tw somi is the 1st, tapi hati ttp berbelah bahagi..tak sanggop jgk nak abaikan kehendak ibu & ayah.. =( mungkin sbb kita dah terbiasa sblm ni patuh pd mak ayah..

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
aku: rasanya tiap apa yg nak buat oleh 1org is3, perlu mendpt keizinan dr somi dulu..klu pasal duit/harta td, melainkan hak is3 sendiri barulah xperlu mtk izin somi sbb itu hak kita..

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
aku: hehehe..selalunya biasa2 n bantai je kt umah..so far, encik somi xpenah komen.tp akan cuba berubah agar lebih menarik utk somi..

 
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
aku: ini perlu diperbaiki~

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
aku: insyaAllah akan cuba menjadi yg terbaek untuk keluarga somi..

Tiada ulasan: