Selasa, 22 Mac 2011

►Petua untuk golongan lelaki : Menjadi suami mithali igauan para isteri◄

Sebagai manusia, semestinya kita ingin menjadi seorang yg dikagumi kan? Utk menjadi yg dikagumi, kita bukan saja perlu memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua orang dan pastinya bg golongan lelaki akan disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat..
Bagi yg belum berpunya, inilah masanya utk anda memperbaiki diri anda menjadi yg terbaek.. tapi bagi  yg sudah berumah tangga, bukan alasan utk kita xmemperbaiki diri kita.. 
Ok, skrg jom kita tengok kalau ciri-ciri atau petua2 ni ada pada diri anda atau sememangnya dah semula jadi ada. Jom jom jommmm..
 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
1. Bg yg baru nak melangkah ke alam perkahwinan: Pasang niat dan berdoa utk menjd somi terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda xmungkin jd suami yg cemerlang. Ramai somi terlupa mengenai hal ini. 

2. Bg yg dah mendirikan rumah tangga: bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah is3 anda pasangan terbaek yg Tuhan tentukan utk anda kerana ketentuan Tuhan adalah yg terbaek. 

3. Somi ‘mithali’ pasti akn menjd kebanggaan is3. Tanamlah sifat +ve dan istimewa. Cuba tanya diri ? sifat atw amalan yg blh dibanggakan is3 anda. 

4. Luangkanlah masa utk berbual dgn is3 setiap hari. Semua is3 pasti merasa bahagia bila berbual dgn somi. Agak2nya berapa minit yg anda luangkan utk berbual dgn is3 setiap hari? 

5. Setiap hari pulanglah dgn senyuman & bersemangat. Bila somi tersenyum, is3 & anak2 akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. 

6. Cuba bergurau senda dgn isteri semasa dlm perjalanan ke tempat kerja atwpn ke mana saja. Ramai suami hanya membisu semasa di dlm kenderaan. Tapi, jgn lupa ttg keselamatan.

7. Telefonlah is3 atwpn htr SMS sekadar utk menyatakan yg anda syg atwpn rindu pd is3. Is3 anda akan berasa seronok & bahagia bila mendpt panggilan atwpn msg tu. 

8. Hiburkan hati is3 anda dgn bercerita, bt lawak atw gurauan yg mesra. Setiap gurauan mengubat hati is3 & akan mengeratkan hubungan somi is3. 

9. Amalkan makan sama2 setiap hari. Berbual mesra & nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan & mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa mkn & jgn berckp semasa mulut penuh.

10. Ajak is3 mandi sama2 sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yg dpt mengeratkan hubungan somi is3. 

11. Bantu is3 bt keje2 rumah. Ini adalah sunnah yg dpt meringankan beban is3, mengeratkan kasih sayang & membahagiakan pasangan anda. 

12. Amalkan berkumpul bersama keluarga sekerap mungkin. Amalan ini menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan & menyelesaikan byk mslh. 

13. Jaga penampilan diri agar kemas, bersih, wangi, sihat & ceria. Selalunya somi inginkan is3 yang mengancam, tp mengabaikan penampilan diri sendiri. Xadil kan? 

14. Didik is3 dgn memberi nasihat & peringatan secara hikmah. Jdkan tindakan & amalan anda sebagai cth teladan yg cemerlang. Elak cakap x serupa bikin. 

15. Beri nafkah kpd is3 mengikut keperluan keluarga & kemampuan somi. Ramai somi mengabaikan nafkah kerana is3 bekerja. Ramai somi yg kedekut & berkira. Ini menyebabkan is3 derita & rumah tangga terancam. 

16. Jadikan penawar hati kpd is3. Ambil berat keperluan, kemahuan & peka pd emosi & situasi is3. Is3 yg bahagia membentuk keluarga sejahtera. 

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga jg patuh kpd Tuhan. 

18. Somi mithali sentiasa simpan rahsia is3. Ada juga somi yg secara sengaja atwpn xsengaja bercerita keburukan is3 kpd org laen. Ini wajib dihentikan!

19. Muliakan keluarga is3 spt keluarga sendiri. Ada somi yg membeza2kan antara keluarganya & keluarga is3. Ada juga yg memusuhi keluarga is3. Anda? 

20. Bentuk perasaan cemburu yg +ve. Cemburu tanda beriman, syg & ambil berat. Somi yg xcemburu adalah dayus. Is3 suka apabila sominya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. Tp jgn cemburu berlebihan sampai merosakkn rumah tangga!

21. Jadilah somi yg pemaaf. Syurga is3 di bwh tapak kaki suami. Maafkanlah is3 setiap malam sblm tido supaya rumah tangga bahagia & is3 mudah msk syurga. 

22. Tegur kesilapan is3 dgn hikmah & kasih sayang. Is3 merajuk bkn sbb ditegur tetapi cara ditegur. Apabila somi kasar, is3 jd takut, bingung, hiba & memberontak. 

23. Jdkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dlm rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik & menasihati keluarga bg mendpt hikmah. 

24. Dahulukan keperluan is3 drpd org lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan org lain daripada is3nya. Elakan kesilapan ini. 

25. Suruh is3 dirikan sembahyang dan ibadah lain. Bila berjauhan, telefon atw SMS mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Amalkan pesanan ini sehingga meninggal dunia. 

26. Cintai is3 sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, xpernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa. 

27. Sentiasa berubah secara +ve. Sblm cuba ubah is3 & keluarga, ubah diri dulu. Apabila somi berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila somi cemerlang, is3 akan gemilang. 

28. Tunjuk keprihatinan yg tinggi thdp keluarga. Ramai somi xambil kisah dgn keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang perlu diberikan kpd keluarga.

29. Pamer kematangan yg tinggi. Org yg matang, tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan & cekap menyelesaikan masalah. 

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar is3nya. Ramai lelaki cuma hormat wanita tertentu sahaja. Ramai is3 yg kecewa thdp somi yg menghina atw xhormat semua wanita termasuk pembantu rumah.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Segala yg dinyatakan di atas adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi anda & pasangan mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan adam & hawa. 

Namun, xhanya kaum lelaki yang perlu menjadi somi mithali..is3 juga kena turut jd is3 solehah..para is3 juga boleh praktikkan petua2 di atas mengikut kesesuaian bagi mewarnakan rumah tangga kita supaya menjadi tenang, aman, bahagia, gembira & ceria.


Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin. Dan, untuk mendapat lelaki sesempurna mungkin, perempuan juga perlu menjadi sesempurna mungkin.

Tiada ulasan: