Khamis, 6 Oktober 2011

Apa itu Cacar Air?


Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan. 

Banyak kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa muda dan selalunya ia merupakan penyakit ringan. Sebaik saja bayi anda dijangkiti, simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari. Bayi anda mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering, lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari. Jika bayi anda menghadiri taska, jangan hantar dia selama lima hari dari masa ruam itu mula timbul. 



Bagaimana Bayi boleh dijangkiti?


Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memberi dia cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama sebilik dengan seorang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.


Siptom2 Cacar Air?


Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan:
  • demam;
  • sakit kepala;
  • mual;
  • sakit-sakit badan;
  • kurang selera.
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Anda mula memerhatinya di muka bayi anda. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital. 


Rawatan untuk Cacar Air..


Cacar air adalah virus, jadi tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi anda dengan beberapa rawatan rumah: 


  • Jika bayi anda kurang dari usia empat minggu, bawa dia berjumpa doktor jika dia telah berdekatan dengan seorang yang mempunyai cacar air, atau jika dia memperlihatkan simptom. Cacar air boleh menjadi sangat bahaya dan menyebabkan komplikasi dalam bayi muda.


  • Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana nak diberikan kepada bayi. 


  • Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal. 
  • Jika bayi anda lebih dari usia satu tahun dan gatal-gatal itu sangat mengganggukan dia di sebelah malam, doktor anda mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur. 
  • Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi. 
  • Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan rasa kurang gatal. 
sumber dari www.babycenter.com.my

#nnt gue post entry masa my little hero demam panas + kena cacar air aritu

Tiada ulasan: